Monday, June 23, 2008

Siri Kursus lah Pulak~!

Salam Sejahtera,

Ntah malam ni rajin plak Admin nak posts banyak2, maklumla banyak aktiviti yang dah kami buat tapi x dimasukkan kat sini. maaf la kalo bahasa yang digunakan x mcm bahasa cikgu2, almaklumla kekadang boring gak guna bahasa 'skima' aje. hehehek~ :P




Kiri: Tempat kursus
Kanan: Antara Fasilitator (JU) yang hadir pada penutup sesi week 1.


Baru2 ni cikgu2 Pendidikan Khas Pemulihan dan Pendidikan Khas KKBP, mula terlibat dalam kursus Pengajaran & Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris, senang sebut, ETeMS. Kali ni tak terlepas la cikgu2 ni nak ngelak, berbelit2 lidah speaking.




Kiri: Wakil guru memberi ucapan. Penghulu kami duduk mendengar dengan penuh hepy :P
Kanan: Pengerusi majlis yang mempunyai kebolehan speaking berabuk kalah mat saleh :)


Kursus ni adalah program perintis pertama Kursus ETeMs Daerah Pontian untuk Guru Pendidikan Khas. 2 lokasi terlibat, iaitu PKG Pekan Nanas, dan PKG Kukup. 2 orang guru semolah kami, Cikgu Faizul dan Cikgu Haslina diarahkan menghadiri kursus tersebut bertempat di PKG Kukup ( SK Telok Kerang ). Kursus ini dijalankan pada cuti minggu kedua, pertengahan tahun ini.

No comments: