Friday, March 14, 2008

Lanskap Kelas Pendidikan Khas














Inilah kelas kami....

Organisasi Kelas Pendidikan Khas, SKTMI 1 Pontian, Johor


Organisasi Kelas Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran, SKTMI 1 Pontian 2008
Pengerusi :




Pn. Saniah Binti Mohd. Khalid

( Guru Besar )

Penyelaras :

Cik Noraini Binti Abu Bakar

Pen. Penyelaras :

Cik Azilah Binti Abd. Ghaffar

Setiausaha :

Pn. Haslina Binti Hussein

Bendahari :


Pn. Norain Binti Arbain

N. Bendahari :

En. Mohd. Faizul Bin Mustaffa


AJK :

1). Pn. Hasnah Binti Jailani

2). Pn. Norazilah Binti Ahmad



3). Cik Nurul Wazni Binti Marzuki

4). Cik Lili Suriyani Binti Masro

5). En. Ahmad Najib Bin Abdullah


6). En. Mohd. Anis Bin Abd. Jabar

Thursday, March 13, 2008

Fotoblog Baru Kami Akan Dibina Kelak !


Link : http://pksktmi1.fotopages.com/





Assalamualaikum W.B.T & Salam Sejahtera...


InsyaAllah jikalau tiada aral melintang dan saya mempunyai masa yang terluang, saya akan membina satu laman e-album seperti di link yang saya sertakan di atas bagi memuatkan foto-foto yang berkaitan dengan kami di sini seperti ;

----------------------------------------------------------------------------------
- foto pendidikan khas dalam negara
- foto infrastruktur kelas kami
- foto guru & murid
- foto pengajaran & pembelajaran dalam kelas
- foto aktiviti sukan
- foto aktiviti badan beruniform
- foto aktiviti kelab
- foto majlis usahasama dengan pihak sekolah / badan lain
- foto aktiviti ko-kurikulum yang berkaitan.
----------------------------------------------------------------------------------

Diharap tuan puan pelawat kami akan terhibur nanti. Laman tersebut masih di peringkat pembinaan.

Sekian untuk makluman.

Dari,

Cikgu Faizul ( Admin Blog PKSKTMI 1 )

Alamat Beberapa Sekolah Yang Mempunyai Kelas Pendidikan Khas Di Johor ( Rendah )

1. SK (P) Bandar,Jalan Esa, 86000 Kluang,Johor.
Tel: 07-7712552

2. SK Datuk Wan Idris,Jalan Tahang Rimau,85000 Segamat, Johor.
Tel: 07-9313918

3. SK Taman Universiti 2,Jalan Perubatan 12,Taman Universiti,81300 Skudai, Johor.
Tel: 07-5207418

4. SK (LKTP) Belitong,P/S 71,86007 Kluang, Johor.
Tel: 07-7863531

5. SK Laksamana,Jalan Bunga Raya,81900 Kota Tinggi,Johor.
Tel: 07-8831149

6. SK Tengku Mahmood Iskandar 1,Jalan Alsagoff,82000 Pontian, Johor.
Tel: 07-6871972

7. SK Taman Daya 2,Jalan Nipah,81100 Taman Daya,Johor Bahru.
Tel: 07-3540385

Permohonan Kursus Perguruan Malaysia Bagi Calon Lepasan SPM Ambilan 2008



Berita baik untuk calon-calon lepasan bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia !


Klik sini : http://apps.emoe.gov.my/kplspm/

Permohonan Untuk Mengikuti Kursus Perguruan Lepasan SPM kini dibuka. Layari laman web yang disertakan untuk mengetahui maklumat lanjut.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 25 Mac 2008

Borang Permohonan Ke Politeknik Kementerian Pelajaran Malaysia Bagi Murid Pendidikan Khas Sesi Julai 2008

Muat turun Borang Permohonan ke Politeknik Pelajar Berkeperluan Khas Sesi Julai 2008 dan Buku Panduan Mengisi Borang Permohonan.

Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dikemukakan terus kepada Jabatan Pendidikan Khas sebelum 17 April 2008 pada alamat di bawah:

Jabatan Pendidikan Khas,
Kementerian Pelajaran Malaysia,
Aras 2, Blok E2,
Kompleks Kerajaan, Parcel E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62604 Putrajaya.
(u.p.: En. Ishak bin Hj. Ismail)


Download borang di sini : ( klik butang tetikus kanan, pilih 'save target as' )
Pastikan komputer anda mempunyai perisian Adobe Reader terkini. Tiada? Download di http://www.adobe.com/ .

1. Borang Permohonan:

http://www.moe.gov.my/jpkhas/images/muatturun/Borang_Permohonan_Politeknik.pdf


2. Panduan Mengisi Borang Permohonan:

http://www.moe.gov.my/jpkhas/images/muatturun/Buku_Panduan_Mengisi_Borang.pdf

Salam Perkenalan...


Pendidikan Khas Sekolah Kebangsaan Tengku Mahmood Iskandar 1 ini telah ditubuhkan seawal tahun 90an di mana ketika itu sekolah ini masih bergabung dengan SK Tengku Mahmood Iskandar 2. Sekolah ini terletak bersebelahan antara satu sama lain dan oleh kerana pertambahan bilangan murid yang mendadak, sekolah ini telah dipecahkan kepada 2 bahagian seperti yang dapat dilihat sehingga kini.


Lokasi sekolah yang terletak di tengah-tengah Bandar Pontian telah menjadikan Kelas Pendidikan Khas sekolah kami salah satu tempat yang popular bagi para ibu bapa mendaftarkan anak mereka di sini. Dimaklumkan pada tahun 2008 ni, sekolah kami telah mencatatkan bilangan murid istimewa yang teramai dalam Daerah Pontian. Kelas ini terletak di bahagian belakang berdasarkan pelan sekolah kami.


Kelas Pendidikan Khas SK Tengku Mahmood Iskandar 1 kini mempunyai 2 jenis iaitu Pra Sekolah Pendidikan Khas yang menyediakan murid-murid bekeperluan khas yang berumur kurang dari 7 tahun. Kewujudan kelas ini telah direalisasikan pada tahun 2005 dan Penyelarasnya ialah Pn. Siti Zaiton Binti Hussin, yang sangat berpengalaman dalam arena pendidikan, terutama sekali Pendidikan Khas. Beliau dibantu oleh seorang pembantu terlatih iaitu Pn. Sa'adah dalam segala urusan yang berkaitan. Bilangan murid yang berdaftar setakat ini adalah seramai 4 orang yang terdiri daripada pelbagai kaum.


Pendidikan rendah bagi murid istimewa ini diteruskan pula oleh kami. Penyelaras kami ketika ini ialah Cik Noraini Binti Abu Bakar. Klien kami adalah terdiri daripada murid-murid istimewa pelbagai kategori bermasalah pembelajaran berumur dari 7 hingga 14 tahun. Setakat ini bilangan guru bertambah bagi menampung pertambahan murid istimewa dengan nisbah 1 : 6 iaitu nisbah kebangsaan bagi kelas Pendidikan Khas.


Bil. Guru : 11 orang

- Guru Perempuan : 8 orang

- Guru Lelaki : 3 orang


Bil. Murid : 45 orang

- Cina : 3 orang ( 2 lelaki + 1 perempuan )

- India : 2 orang ( 1 lelaki + 1 perempuan )

- Melayu : 40 orang ( 25 lelaki + 15 perempuan )

Motto kami bagi kelas Pendidikan Khas KKBP ini adalah sayangilah kami, bimbinglah kami. Dimaklumkan juga Program Pendidikan Khas sekolah kami ini adalah antara yang aktif di kalangan sekolah-sekolah yang mempunyai kelas seumpama ini.

Sekiranya para ibubapa atau warga pendidik yang ingin melawat sekolah kami perlulah terlebih dahulu memaklumkan kepada kami ataupun memaklumkan kepada pihak pentadbiran sekolah.
Kami berbesar hati dan mengalu-alukan kedatangan tuan puan.

Wednesday, March 12, 2008

Hubungi Kami :

Para pelawat blog kami boleh menghubungi kami melalui cara berikut;

Alamat surat menyurat:

Penyelaras Pendidikan Khas,
SK Tengku Mahmood Iskandar 1,
Jalan Alsagoff, 82000 Pontian, Johor.

Tel / Fax : +607-6871972

Kami juga menyediakan email khas kepada pengunjung untuk memudahkan urusan kami. Tuan-tuan juga boleh memberi sebarang komen dan maklum balas baik dari segi blog ini mahupun kelas Pendidikan Khas kami.

Email kami : pksktmi1@yahoo.com.my


Maklum balas pihak tuan amat kami tunggu.

Selamat Datang...




Salam sejahtera,

Pertama sekali kami ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua pelawat laman blog kami kerana memberi sokongan dengan melawat blog ini.

Pada asalnya pihak admin blog telah mencipta satu blog tetapi telah dibatalkan pendaftarannya atas sebab yang tidak dimaklumkan kepada kami. Namun begitu, kami tidak berputus asa yang kemudiannya membawa kepada terhasilnya laman blog kami ini.

Namun demikian, pihak kami berbesar hati kepada tuan dan puan pelawat blog kami ini mencurahkan idea - idea kreatif bagi memurnikan blog ini.

Terima kasih sekali lagi... dan selamat datang ke dunia kami !
Dari,
Cikgu Faizul SKTMI 1 2008