Thursday, March 13, 2008

Salam Perkenalan...


Pendidikan Khas Sekolah Kebangsaan Tengku Mahmood Iskandar 1 ini telah ditubuhkan seawal tahun 90an di mana ketika itu sekolah ini masih bergabung dengan SK Tengku Mahmood Iskandar 2. Sekolah ini terletak bersebelahan antara satu sama lain dan oleh kerana pertambahan bilangan murid yang mendadak, sekolah ini telah dipecahkan kepada 2 bahagian seperti yang dapat dilihat sehingga kini.


Lokasi sekolah yang terletak di tengah-tengah Bandar Pontian telah menjadikan Kelas Pendidikan Khas sekolah kami salah satu tempat yang popular bagi para ibu bapa mendaftarkan anak mereka di sini. Dimaklumkan pada tahun 2008 ni, sekolah kami telah mencatatkan bilangan murid istimewa yang teramai dalam Daerah Pontian. Kelas ini terletak di bahagian belakang berdasarkan pelan sekolah kami.


Kelas Pendidikan Khas SK Tengku Mahmood Iskandar 1 kini mempunyai 2 jenis iaitu Pra Sekolah Pendidikan Khas yang menyediakan murid-murid bekeperluan khas yang berumur kurang dari 7 tahun. Kewujudan kelas ini telah direalisasikan pada tahun 2005 dan Penyelarasnya ialah Pn. Siti Zaiton Binti Hussin, yang sangat berpengalaman dalam arena pendidikan, terutama sekali Pendidikan Khas. Beliau dibantu oleh seorang pembantu terlatih iaitu Pn. Sa'adah dalam segala urusan yang berkaitan. Bilangan murid yang berdaftar setakat ini adalah seramai 4 orang yang terdiri daripada pelbagai kaum.


Pendidikan rendah bagi murid istimewa ini diteruskan pula oleh kami. Penyelaras kami ketika ini ialah Cik Noraini Binti Abu Bakar. Klien kami adalah terdiri daripada murid-murid istimewa pelbagai kategori bermasalah pembelajaran berumur dari 7 hingga 14 tahun. Setakat ini bilangan guru bertambah bagi menampung pertambahan murid istimewa dengan nisbah 1 : 6 iaitu nisbah kebangsaan bagi kelas Pendidikan Khas.


Bil. Guru : 11 orang

- Guru Perempuan : 8 orang

- Guru Lelaki : 3 orang


Bil. Murid : 45 orang

- Cina : 3 orang ( 2 lelaki + 1 perempuan )

- India : 2 orang ( 1 lelaki + 1 perempuan )

- Melayu : 40 orang ( 25 lelaki + 15 perempuan )

Motto kami bagi kelas Pendidikan Khas KKBP ini adalah sayangilah kami, bimbinglah kami. Dimaklumkan juga Program Pendidikan Khas sekolah kami ini adalah antara yang aktif di kalangan sekolah-sekolah yang mempunyai kelas seumpama ini.

Sekiranya para ibubapa atau warga pendidik yang ingin melawat sekolah kami perlulah terlebih dahulu memaklumkan kepada kami ataupun memaklumkan kepada pihak pentadbiran sekolah.
Kami berbesar hati dan mengalu-alukan kedatangan tuan puan.

No comments: