Monday, June 23, 2008

Projek kami yang baru berlalu... Pertanian

Salam... lama aih x update blog ni, sib baik x expired. hahaha... maaf la buat semua yang sudi menatap blog ringkas ni, bukan sengaje nak sepi, tapi x sempat nak jengah2. apapun ari ni nak kemaskini skit...

Mengikut jadual am kami guru pendidikan khas di sini, setiap hari Khamis ( 10.30am to 12.30pm) kami buat program Transisi Kemahiran Hidup mencakupi Projek Pertanian, Ternakan, dan ERT.


Pada 24.4.2008, kami telah membersihkan tapak pertanian yang rata2 kurang memberangsangkan hasilnya. Berdasarkan pengamatan, ini berlaku kerana cuaca yang tidak mengizinkan ketika itu dengan kadar hujan yang agak tinggi ( hampir setiap hari hujan ) menyebabkan pertumbuhan tanaman menjadi terbantut. apapun, janji ade kan... :P


InsyaAllah lain-lain gambo akan saye tambah lagi , kalo x kat sini, saye letak dalam fotopages. tunggu ye~

No comments: