Tuesday, November 11, 2008

Dalam Proses Kemaskini

Hai semua,

maaf coz dah lama x update blog ni, disebabkan kekangan masa, jadi ditangguhkan buat seketika. kali ni admin forum sedang mengemaskini laman blog ini, dan telah membuat beberapa tambahan seperti;

1. memasukkan gambar2 dalam fotopages ( sila lihat link di ruangan Links )
2. membuka laman interaksi online ( - sda - )

Silalah mengunjungi laman2 tersebut ok. sebarang cadangan / maklumbalas boleh ditujukan kepada email ini: pksktmi1@yahoo.com.my

Terima kasih...

Monday, June 23, 2008

Jalan-jalan Cari Bahan~

Tumpang lalu... :P

Carik punye carik, terjumpe la pic admin berdua dengan cikgu Anis ke Kelas Pendidikan Khas SMK Sri Perhentian,Pontian. Tujuan kami adalah untuk mendapatkan maklumat tentang projek fertigasi yang bakal kami jalankan selain mendapatkan input2 yang berguna.

Mari kite lihat...

Selamat Hari Lahir Aqillah...

20/6/2008

Hari ni, 1 masa sebelum waktu rehat, kami semua dipanggil berkumpul di kelas Khas Tekun yang baru untuk meraikan Hari Jadi adik Nur Aqillah. Terima kasih diucapkan kepada keluarga Aqillah kerana sudi meraikan hari lahir anak beliau di kelas pendidikan khas.


Adik Aqillah memotong kek hari lahir

Murid-murid tak sabar nak menikmati jamuan :)
Kami berbesar hati dan mengalu-alukan ibubapa murid yang lain membuat sambutan hari lahir seperti ini bersama kami lagi...

Siri Kursus lah Pulak~!

Salam Sejahtera,

Ntah malam ni rajin plak Admin nak posts banyak2, maklumla banyak aktiviti yang dah kami buat tapi x dimasukkan kat sini. maaf la kalo bahasa yang digunakan x mcm bahasa cikgu2, almaklumla kekadang boring gak guna bahasa 'skima' aje. hehehek~ :P




Kiri: Tempat kursus
Kanan: Antara Fasilitator (JU) yang hadir pada penutup sesi week 1.


Baru2 ni cikgu2 Pendidikan Khas Pemulihan dan Pendidikan Khas KKBP, mula terlibat dalam kursus Pengajaran & Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris, senang sebut, ETeMS. Kali ni tak terlepas la cikgu2 ni nak ngelak, berbelit2 lidah speaking.




Kiri: Wakil guru memberi ucapan. Penghulu kami duduk mendengar dengan penuh hepy :P
Kanan: Pengerusi majlis yang mempunyai kebolehan speaking berabuk kalah mat saleh :)


Kursus ni adalah program perintis pertama Kursus ETeMs Daerah Pontian untuk Guru Pendidikan Khas. 2 lokasi terlibat, iaitu PKG Pekan Nanas, dan PKG Kukup. 2 orang guru semolah kami, Cikgu Faizul dan Cikgu Haslina diarahkan menghadiri kursus tersebut bertempat di PKG Kukup ( SK Telok Kerang ). Kursus ini dijalankan pada cuti minggu kedua, pertengahan tahun ini.

Projek kami yang baru berlalu... Pertanian Fasa 2 , 2008

Sebelum cuti pertengahan tahun bermula, kami ambil kesempatan pada waktu Transisi hari Khamis , kami nak tanam semula batas2 yang kosong. sebelum tu kami dah semai biji benih, cuma belum nak alihkan lagi.


Berikut gambar2nye.



Hepy sokmo Amsyar setelah berjaya menyemai biji benih pada batas

Dari kiri: Farhan, Ridzuan sedang memeriksa anak pokok jagung. Anas pulak sedang memerhati ape yang diaorg ni buat

Bawah: Pokok kangkung yang sudah dipetik beberapa kali, masih meneruskan perjuangan hidupnya

Mari Menyembelih Ayam~~

22/5/2008


Masanya sudah tiba. Tapi Hari Raya jauh lg. takkan la nak tunggu raya baru nak sembelih. mau tua da ayam tu. muehehehe...

Apapun, time ni le yang syok. bebudak syok x blaja, tapi blaja benda lain. hehehe... maklumla nak suruh jadi org yang pandai berdikari bukan senang. meh kite lihat...


adik Azwan ( pegang parang ) dan adik Alshah sedang bersihkan ayam

Atas hasil yang memberangsangkan, dan pujian ikhlas daripada org lain yang mengatakan ayam kami sedap!. katanye, mcm ala2 ayam kampung... tahle... Ha, nak tahu x ape yg kami buat selain proses jual beli ayam? kami 'open table' le. kalo korang tgk sure lecur air liur kan? hehehe



Cikgu Hasnah menunjukkan kepakaran beliau dalam masakan. sedap wooo!

Projek kami yang baru berlalu... Penternakan

Huh, sakit ati betul bila da taip banyak2, tetiba server problem, sampai xleh nak upload. kena la buat semula..

Dalam bab penternakan, tahun ini kami telah membuat 2 jenis ternakan iaitu Ternakan Ayam Daging ( darat ) dan Ternakan Ikan Keli ( air ). Berikut sedikit profil tentang ternakan...


Projek 1 : Ternakan Ayam Daging Kali Ke-4

Penyelaras Projek: Cikgu Faizul dibantu adik Rozzki ( depan ) dan adik Syaifuddin ( belakang )

Bilangan : 50 ekor ( Tempoh ternakan 1 bulan 2 minggu )

Kos : RM 400.00 ( projek ulangan )



Projek 2: Ternakan Ikan Air Tawar ( Ikan Keli )

Penyelaras Projek: Cikgu Najib dibantu adik Rozzki dan adik Syaifuddin

Bilangan: 300 ekor ( Pakej )

Kos: RM 350.00 ( projek ulangan )

Projek kami yang baru berlalu... Pertanian

Salam... lama aih x update blog ni, sib baik x expired. hahaha... maaf la buat semua yang sudi menatap blog ringkas ni, bukan sengaje nak sepi, tapi x sempat nak jengah2. apapun ari ni nak kemaskini skit...

Mengikut jadual am kami guru pendidikan khas di sini, setiap hari Khamis ( 10.30am to 12.30pm) kami buat program Transisi Kemahiran Hidup mencakupi Projek Pertanian, Ternakan, dan ERT.


Pada 24.4.2008, kami telah membersihkan tapak pertanian yang rata2 kurang memberangsangkan hasilnya. Berdasarkan pengamatan, ini berlaku kerana cuaca yang tidak mengizinkan ketika itu dengan kadar hujan yang agak tinggi ( hampir setiap hari hujan ) menyebabkan pertumbuhan tanaman menjadi terbantut. apapun, janji ade kan... :P


InsyaAllah lain-lain gambo akan saye tambah lagi , kalo x kat sini, saye letak dalam fotopages. tunggu ye~

Tuesday, April 1, 2008

AprilFool ~!!!

Wawww... Bulan April sudah tiba. Maafla beberapa minggu sudah blog ini masih tidak dikemaskini. Admin Blog agak bz dengan rutin harian beliau di sekolah. Alhamdulillah, sempat jugak meninjau sejenak blog ni...

Baru-baru ini kecoh cikgu-cikgu lelaki mengenakan murid-murid khas dengan gurauan `aprilfool`. Desyummmm! si murid mengkarate cikgunye yang buat lawak x tentu pasal. Bukan sedas je yang hinggap kat lengan kami para guru, paling kurang 2 das pasti melekat. Pedihnye bukan kepalang, kalah jaguh karate dunia!. Apapun, tujuan utama kami guru lelaki tak lebih daripada mewujudkan suasana ceria di kelas Pendidikan Khas kami ini.

Bila cerita tentang aprilfool ni, nak bergurau tak salah, cuma harap-harap gurauan tu takla sampai 'over acting', sampai orang lain boleh membenci sikap kita. Gurauan / Kecindan ni pun adalah salah satu unsur yang boleh diterapkan di dalam sistem pengajaran & pembelajaran ( P & P ) terutamanya di dalam kelas. Murid juga akan lebih seronok dan lebih menumpukan perhatian mereka dengan apa yang diajar guru di dalam kelas.

Aprilfool ni asalnya budaya org barat. Bertentangan dengan dasar org timur yang lebih menekankan kesopanan dan kesusilaan dalam masyarakat. Apapun corak gurauan, kajilah terlebih dulu gurauan yang bakal kita buat, supaya tidak ada pihak lain yang tersinggung.

Selamat Bergurau~!

Friday, March 14, 2008